Tue st November 2017
Visitors Number
Today :
0019
Yesterday :
0049
Total :
00060034
Program Amal Menjelang Puasa
Rayuan Sumbangan Memasuki Bulan Ramadhan Untuk Fakir Miskin Di Kemboja 2015. Kami Targetkan 1000 Keluarga Fakir Miskin Untuk Diagihkan Pada Tahun Ini.

Insya Allah Kita Akan Bahagikan Sebelum Puasa 3 Hari. Supaya Mereka Boleh Memulakan Puasa Dengan Hati Yang Lebih Gembira. Sabda Nabi Saw: Mana-Mana Orang Mukmin Yang Memberi Makan Kepada Seorang Mukmin Semasa Ia Lapar, Nescaya Allah Memberi Makan Kepadanya Pada Hari Kiamat Dari Buah-Buahan Syurga.



KEMISKINAN UMAT ISLAM DI KEMBOJA
selepas kejatuhan rajim polpot tahun 1979 rakyat kemboja hanya tinggal sehalai kain saja, mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka sampai ke hari ini dengan sedaya upayanya, tapi walaubagaimana pun fakta kehidupan umat islam di kemboja seperti saya terangkan di bawah: Sebahagian besar orang melayu kemboja hidup dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10 mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.

keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda melayu kemboja berhijrah ke malaysia dan beberapa negara lain. keadaan semakin menghimpit apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi. bayangkan harga minyak petrol di kemboja pada hari ini adalah 5,300 rial (RM5) seliter, minyak masak 8,000 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 4,000 rial (RM3.60) setin ayam kampung 25,000 (RM23)sekilogram, ayam daging 13,000 (RM10) sekilogram, dan ikan 13,000 rial (RM10) sekilogram.
© Copyrights 2015, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.
Designed & Hosted by Serving Web Solution